KUALA LUMPUR: Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram hari ini memberi amaran kepada peguam utama Datuk Seri Najib Tun Razak Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk tidak adakan perbicaraan di media berhubung kes rasuah RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad melibatkan bekas perdana menteri itu.
Bekas Hakim Mahkamah Tinggi itu memberitahu Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa kenyataan media dibuat Muhammad Shafee semalam seperti satu serangan terhadap pendakwaan yang menuduh mereka menyembunyikan bukti dalam kes tersebut.
"Yang Arif, terdapat serangan secara langsung terhadap pihak pendakwaan bagi pihak tertuduh (Najib), beliau (Muhammad Shafee) berkata bahawa pihak pendakwaan gagal untuk mendedahkan transaksi itu. Sepatutnya, tertuduh menjalankan perbicaraannya di mahkamah dan bukannya pada masyarakat umum. Saya tidak boleh menjawab secara terbuka dan suatu yang tidak wajar untuk menjawab secara terbuka," katanya.
Beliau berkata pihak pendakwaan akan perlu memohon untuk menghalang pihak pembelaan bercakap dengan media, jika mereka meneruskan perbuatan ini.
Semalam, Muhammad Shafee menyatakan bahawa aliran masuk duit ke dalam akaun Najib pada Februari dan Jun 2011 berjumlah kira-kira RM60.6 juta (kira-kira AS$20 juta) adalah daripada ahli keluarga diraja Arab Saudi, Putera Faisal Turki Al Saud.
Pihak pembelaan mendakwa bahawa dana itu merupakan sebahagian daripada hadiah kepada Najib daripada bekas Gabenor Wilayah Madinah, Saud Abdulaziz Majid Al Saud.
Peguam itu berkata pihak pendakwaan hanya menyatakan mengenai dua transaksi pindahan, tetapi tidak menyatakan lima lagi pindahan ke dalam akaun Najib antara Ogos 2011 dan Ogos 2012, yang didakwa daripada Putera Turki dan Kementerian Kewangan Riyad berjumlah kira-kira AS$180 juta.
Muhammad Shafee juga telah menyatakan surat daripada bekas gabenor yang dialamatkan kepada Najib, yang menyatakan jumlah derma yang dibuat kepada bekas perdana menteri itu.
Pada perbicaraan hari ini Sri Ram menjelaskan bahawa surat yang sama telah dikemukakan dalam perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd dan hakim perbicaraan, bersama hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, telah menolak bukti itu.
"Jika mereka mahu bergantung kepada surat yang sama di dalam domain awam, anda tidak boleh katakan kami (pihak pendakwaan) menyembunyikan (maklumat itu), ia tidak relevan," katanya, dan menambah bahawa kesnya adalah untuk membuktikan bahawa duit 1MDB masuk ke dalam akaun tertuduh.
Pada ketika ini, seorang lagi peguam Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed mencelah dengan mengatakan bahawa kes itu perkara yang berbeza dan tiada kena mengena dengan perbicaran masa ini.
"Yang Arif, Tan Sri Muhammad Shafee akan menjawab berkaitan perkara ini di mahkamah esok pagi," katanya dan menambah Muhammad Shaefee tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana beliau tidak sihat.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Sequerah berkata mahkamah akan menunggu jawapan Muhammad Shafee mengenai perkara itu esok.
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan bersambung petang ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022
![Bicarakan di mahkamah bukan pada awam, kata Sri Ram pada peguam Najib Bicarakan di mahkamah bukan pada awam, kata Sri Ram pada peguam Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662034207_GopalSriRam.jpg)
Gopal Sri Ram berkata pihak pendakwaan akan perlu memohon untuk menghalang pihak pembelaan bercakap dengan media, jika mereka meneruskan perbuatan ini. - Gambar fail/Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Perbicaraan wartawan WSJ ditahan di Rusia atas tuduhan mengintip bermula 26 Jun Perbicaraan wartawan WSJ ditahan di Rusia atas tuduhan mengintip bermula 26 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718621049_EvanGershkovich.jpg)
Perbicaraan wartawan WSJ ditahan di Rusia atas tuduhan mengintip bermula 26 Jun
Pendengaran kes jenayah terhadap rakyat Amerika Syarikat (AS) Evan Gershkovich akan diadakan secara tertutup.
![30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar 30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715655965_POLISBUNUHPELAJAR.jpg)
30 hari bicara kes pegawai kanan polis bunuh pelajar
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet, menetapkan tarikh perbicaraan itu bermula 4 November 2024 hingga 17 Januari 2025.
![1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu 1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714189489_NajibRazakMDB.jpg)
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
![Perbicaraan Donald Trump bermula 15 April Perbicaraan Donald Trump bermula 15 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683634868_DonaldTrump.jpg)
Perbicaraan Donald Trump bermula 15 April
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.
![Najib akan mohon pengampunan kali kedua - Shafee Najib akan mohon pengampunan kali kedua - Shafee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41677816005_ShafeeAbdullah.jpg)
Najib akan mohon pengampunan kali kedua - Shafee
Peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan permohonan itu dibuat disebabkan anak guamnya tidak mendapat keadilan ketika perbicaraan dan proses Lembaga Pengampunan.
![Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696917662_pertuduhanmenghasut.jpg)
Kes hasutan: Keputusan permohonan Sanusi gantung perbicaraan diketahui 2 Feb
Hakim Nor Rajiah dalam keputusannya mengecualikan tertuduh daripada hadir pada tarikh berkenaan dan memaklumkan perbicaraan pada hari ini, esok dan 12 Februari digantikan dengan tiga tarikh baharu.
![Perbicaraan kes dana 1MDB: Pendakwaan berhasrat panggil Jasmine Loo Perbicaraan kes dana 1MDB: Pendakwaan berhasrat panggil Jasmine Loo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690085498_TBJasmineLoo.jpg)
Perbicaraan kes dana 1MDB: Pendakwaan berhasrat panggil Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan akan dipanggil memberi keterangan dalam kes membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
![Kes 1MDB Najib: 6 Nov keputusan permohonan pendakwaan pinda tiga pertuduhan Kes 1MDB Najib: 6 Nov keputusan permohonan pendakwaan pinda tiga pertuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698308190_Najib.jpg)
Kes 1MDB Najib: 6 Nov keputusan permohonan pendakwaan pinda tiga pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 6 Nov untuk keputusan berhubung permohonan pihak pendakwaan meminda tiga pertuduhan membabitkan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram perbicaraan 1MDB.
![Yasin harap kes segera selesai, mahu dapat rawatan Yasin harap kes segera selesai, mahu dapat rawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694774872_tbYasinSulaimanMa.jpg)
Yasin harap kes segera selesai, mahu dapat rawatan
Yasin memaklumkan, sebelum ini dia dirujuk ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan selama 56 hari untuk mendapatkan rawatan intensif.
![Bicara kes pecah amanah RM6.6 bilion Najib, Irwan mula Jun 2024 Bicara kes pecah amanah RM6.6 bilion Najib, Irwan mula Jun 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692336300_MDB.jpg)
Bicara kes pecah amanah RM6.6 bilion Najib, Irwan mula Jun 2024
Mahkamah menetapkan perbicaraan bermula 4 Jun hingga 27 Jun dan 2 Julai hingga 31 Julai 2024.