'Biar mati dari hidup melutut' - Laman web UM jadi sasaran penggodam

Astro Awani
Oktober 17, 2019 04:39 MYT
Pautan berbayar di laman web rasmi UM menjadi sasaran penggodam tengah malam tadi. -twitter@MrX65826985
Belum selesai lagi isu protes pada hari konvokesyen, Universiti Malaya (UM) berdepan satu lagi kontroversi apabila pautan berbayar di laman web rasminya menjadi sasaran penggodam tengah malam tadi.
Klik pada pautan itu membawa ke halaman yang tertera beberapa baris ayat oleh penggodam:
Biar Mati Dari Hidup Melutut
I would rather die standing than live kneeling.
If my words threaten those in power, so be it.
If my pictures alarm the people, that is good.
Your teeth come down, my sword goes up.
#NoRasis #UndurVc #University of Malaya

University Of malaya Got hacked and data leaked #Hacked#dataLeaked#UniversityOfMalaya pic.twitter.com/TwiLGd2po7

— MrX (@MrX65826985) October 17, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, selepas beberapa jam, pemeriksaan Astro AWANI mendapati pautan itu tidak lagi memaparkan halaman yang digodam.
Insiden penggodaman ini dipercayai ada kaitan dengan tindakan protes oleh graduan universiti itu baru-baru ini.
Pelajar Wong Yan Ke membawa plakad dan melaungkan perkataan “tolak rasis”, “undur VC” dan “ini tanah Malaysia” ketika Majlis Konvokesyen UM ke-59 pada Selasa berlangsung.
Yan Ke walau bagaimanapun menafikan penglibatannya dalam isu berkenaan.
“Saya tak tahu langsung tentang sains komputer, dan saya tidak arah sesiapa untuk melakukannya bagi pihak saya," katanya kepada Free Malaysia Today pada Jumaat.
#Biar Mati Dari Hidup Melutut #graduan protes #laman web digodam #pautan berbayar digodam #tolak rasis #UM #undur VC #universiti malaya
;