"Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa" - Wan Azizah, Anwar rai ulang tahun perkahwinan

Najmi Syahiran Mamat
Februari 26, 2020 13:19 MYT
Anwar dan Azizah berkahwin pada 26 Februari 1980 dan perkahwinan mereka diserikan dengan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana. - Twitter Dr Wan Azizah
Ketika keadaan negara sedang bergolak susulan kemelut politik, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini sempat berkongsi ucapan ulang tahun perkahwinan kepada suaminya, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran ringkas di akaun rasmi Twitter, beliau yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR mengiringi ucapan itu dengan catatan penghargaan ke atas kesetiaan hubungan perkahwinan bersama Anwar.
“Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama.
Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa,” tulis beliau di catatan akaun media sosial meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-40.

Biar ribut dan badai datang melanda. Biar hujan dan panas namun kita tetap bersama. Biar apa pun yang datang, setiaku hingga hujung nyawa. Selamat ulang tahun perkahwinan bersama @anwaribrahim yang ke 40. pic.twitter.com/KIAIJptjWN

— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) February 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menitipkan ucapan selamat hari ulang tahun perkahwinan buat isterinya menerusi laman Facebook beserta hantaran gambar mereka berdua memotong kek dengan hashtag #duniaakhirat #tilljannah.
Hantaran berkenaan menerima lebih 20,000 tanda suka dan menerima pelbagai komen netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah serta mendoakan kesejahteraan pasangan itu.
Kedua-dua mereka yang juga merupakan pemimpin tertinggi dalam kerajaan Pakatan Harapan menghadap Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bersama rombongan Ahli Parlimen PKR yang lain dalam sesi kedua di Istana Negara hari ini.

Bersama ahli2 parlimen Keadilan menjunjung kasih merafak sembah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda YDPA XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Istana Negara. pic.twitter.com/EPjMr8mvyc

— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) February 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anwar dan Azizah berkahwin pada 26 Februari 1980 dan perkahwinan mereka diserikan dengan enam cahaya mata iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Ehsan, Nurul Iman, Nurul Ilham dan Nurul Hana.
#Anwar Ibrahim #Datuk Seri Anwar Ibrahim #Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail #Facebook #Mahathir Mohamad #Malaysia #Nurul Izzah #Pakatan Harapan #Parti Keadilan Rakyat #PKR #Politik Malaysia #Wan Azizah #Wan Azizah Wan Ismail #Yang di-Pertuan Agong
;