KUALA LUMPUR: Sebagai syarikat fintech yang dikawal selia, Boost berhasrat untuk memacu inklusi kewangan, dengan menyediakan pembiayaan yang bertanggungjawab melalui Beyond Card. Ia merupakan kad prabayar global pertama dengan fungsi PayLater di Malaysia, yang membolehkan pengguna membuat bayaran ansuran sehingga 6 bulan di lebih 100 juta peniaga Mastercard seluruh dunia. 

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Boost, Diana Boo, pembiayaan bertanggungjawab adalah amalan institusi kewangan untuk membuat penilaian mengenai kemampuan peminjam dalam keputusan pemberian kredit, berdasarkan nisbah khidmat hutang berhemat . Amalan ini juga memastikan bahawa pelanggan dilayan secara adil dalam penjualan dan pemasaran kemudahan pembiayaan.

“Dengan memberikan maklumat spesifik, pengguna boleh memahami implikasi penuh. Tujuannya adalah untuk mencegah peminjam daripada beban hutang yang berlebihan. Amalan ini penting kerana ia memberi perlindungan kepada pengguna dan membina pasaran kredit yang teguh. Ia juga menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara,” kata Diana.

Beliau berkata demikian dalam program AWANI Pagi baru-baru ini.


“Keyakinan pelanggan adalah keutamaan kami. Beyond Card kami memperibadikan kredit yang diberikan, berdasarkan kemampuan setiap individu. Di samping itu, user journey Beyond Card juga menunjukkan yuran dengan jelas, supaya pengguna boleh membuat keputusan dengan maklumat yang tepat,” tambahnya.

“Beyond Card direalisasikan melalui kerjasama CelcomDigi, sebahagian daripada kumpulan Axiata. Kerjasama ini membolehkan kami untuk menilai kelayakan kredit pelanggan dan menyediakan pembiayaan yang berpatutan. Selain itu,  kerjasama kami dengan Mastercard juga membantu kami untuk menawarkan ganjaran premium di Beyond Card, termasuk Mastercard Travel Rewards,” jelasnya.

Kad ini adalah eksklusif kepada pelanggan CelcomDigi dan terhad kepada pengguna yang berumur 21 tahun ke atas sahaja.

Pengguna baru aplikasi Boost yang mendaftar dengan kod 'BEYONDAWANI' dari sekarang sehingga 30 Julai 2024 bakal mendapat sehingga RM8 cashback*. Bukan itu sahaja, pengguna yang berjaya memohon Beyond Card fizikal layak merima baucar ais krim Inside Scoop di applikasi eDompet Boost*. Promosi-promosi ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat.


Mohon Beyond Card anda sekarang di aplikasi Boost, melalui pautan ini: https://myboost.app.link/0HiDZRXPzKb