Bertenang... Sebuah bangunan tinggi di tengah-tengah ibu negara, yang ditularkan di media sosial pada Isnin sebagai binaan yang 'senget dan akan tumbang', sebenarnya tidak akan terjadi sebegitu.
Penerima gambar berkenaan di media sosial, tanpa membuat rujukan dan pemeriksaan fakta, akan mudah terpedaya dengan penerangan yang mendakwa bangunan kediaman berservis YOO8 itu akan tumbang dan menyebabkan kesesakan lalu lintas di ibu negara.
Pengarah Urusan KSK Land dan Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group Joanne Kua dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI memaklumkan gambaran struktur Menara B bangunan berkenaan sememangnya dibina mengikut reka bentuk sedemikian.
Projek 8 Conlay yang direka oleh RSP Architects KL itu difahamkan sebagai bangunan kediaman berservis dan bersilang, serta berkembar dan tertinggi di dunia oleh Kempinski.
Jelasnya, reka bentuk unik bangunan terbabit akan kelihatan condong jika diambil gambar dari sudut berbeza.
Bagaimanapun, KSK Land yang merupakan pemaju projek 8 Conlay itu ujarnya, memaklumkan jaminan dari sudut keselamatan dan kesihatan sentiasa dititikberatkan sepanjang pembinaan struktur itu.
Gambar sebuah bangunan yang dilihat senget tular di laman sosial dan mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai khususnya berada di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun Astro AWANI ketika menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan tiada laporan diterima berhubung kes itu ketika ini.
Pihaknya telah bertemu dengan pengurus keselamatan di lokasi projek berkenaan dan mengesahkan pembinaan struktur bangunan itu mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim memaklumkan pihaknya sedang menyiasat penularan gambar berkenaan.
Astro Awani
Mon Dec 23 2019
Bangunan ini ditularkan di media sosial sebagai binaan yang 'senget dan akan tumbang'. - Foto iohsan pembaca
Bekalan air 37,000 pengguna terjejas SWSI pulih sepenuhnya
Gangguan bekalan air yang dialami kira-kira 37,000 pengguna di kawasan tepi pantai utara di bahagian pulau di sini sejak pukul 10 malam tadi, telah pulih sepenuhnya sekitar pukul 10.45 pagi ini.
Pusat peperiksaan SPM bagi negeri terjejas banjir sedang dimuktamad
Bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM bermula 2 Disember ini, Kementerian Pendidikan sedang memuktamadkan pusat peperiksaan dan akan dimaklumkan kelak. #AWANInews
Banjir di sembilan negeri memburuk, hampir 100,000 dipindahkan setakat petang ini
Situasi banjir di lapan negeri kian buruk dengan angka keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 96,883 orang setakat 4 petang ini.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang disebabkan oleh hujan dan banjir di negara pengeluar utama, kata peniaga.
Pahang bina pangsapuri bantu orang muda dan B40 miliki rumah
Kerajaan Pahang akan membina pangsapuri bagi membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah sejajar misi memastikan tiada lapisan masyarakat di negeri ini terpinggir.
Dialog Anak Muda: Pantau Agenda Reformasi
Apa penilaian anak muda berdasarkan prestasi dua tahun pentadbiran kerajaan perpaduan? Agenda reformasi, kalau tidak dibuat apa jadi? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam.
RMHC Malaysia komited ringankan beban keluarga dengan 10,000 Pek Kembali ke Sekolah
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) meneruskan komitmennya membantu kanak-kanak kurang berkemampuan menerusi Program Pek Kembali ke Sekolah, yang kini memasuki tahun kesembilan pelaksanaannya.
Situasi lebih buruk banding 2014, PPS tambahan sedia diaktif
Kerajaan sedia untuk mengaktifkan pusat pemindahan sementara (PPS) tambahan sekiranya jumlah sedia ada yang telah digazetkan sebelum ini tidak cukup untuk menampung jumlah mangsa banjir.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat, beliau telah memberikan kebenaran khas untuk tindakan tersebut.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pusat, beliau telah memberikan kebenaran khas untuk tindakan tersebut.
Malaysia sumbang RM1.5 juta bantuan kemanusiaan kepada Lubnan
Malaysia menghulurkan sokongannya kepada Lubnan melalui sumbangan RM1.5 juta untuk bantuan kemanusiaan, menekankan solidariti berterusan negara dengan rakyat Lubnan dan usaha membina keamanan.
RMHC Malaysia sumbang 10,000 Pek Kembali ke Sekolah buat kanak-kanak kurang berkemampuan
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) meneruskan komitmennya membantu kanak-kanak kurang berkemampuan menerusi Program Pek Kembali ke Sekolah.
Bangunan 'senget' berkonsepkan 'Yin dan Yang'
Pembinaan dua daripada tiga bangunan 8 Conlay yang condong dan seakan-akan menyerupai bangunan itu berpelukan, adalah berkonsepkan Yin dan Yang, iaitu keseimbangan dalam kehidupan.