Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini meminta masyarakat agar tidak merumuskan pertemuannya dengan wakil komuniti transgender Nisha Ayub semalam adalah isyarat beliau bersetuju dan mengiyakan perjuangan dan perbuatan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).
Katanya, pertemuan di Kompleks Islam Malaysia di sini semalam adalah atas permintaan aktivis transgender itu dan beliau menerima kehadiran Nisha bagi menyelami serta memahami isu berkaitan transgender, khususnya peranan institusi agama dalam menangani permasalahan berkenaan.
"Pertemuan itu lebih kepada perbincangan bagaimana untuk mengatasi masalah diskriminasi terhadap golongan mak nyah serta bagaimana untuk mengatasi masalah yang dihadapi mereka termasuk penghayatan soal-soal agama dan beribadat secara khusus.
"Pada pertemuan semalam juga tiada langsung isu berkaitan hak sama rata melibatkan perkahwinan sama jantina dibangkitkan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mujahid berkata Nisha sendiri menegaskan dirinya bukan ikon komuniti LGBT sebaliknya hanya seorang aktivis yang memperjuangkan nasib golongan mak nyah yang sering disisihkan selain memberi galakan agar mereka meninggalkan 'industri seks'.
Malah kata Mujahid, aktivis itu juga memaklumkan tidak kisah gambarnya yang dipaparkan pada satu pameran fotografi di Georgetown, Pulau Pinang diturunkan selain mengakui tidak dimaklumkan mengenai penggunaan gambar tersebut.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata pihaknya tidak boleh mengamalkan sikap pilih kasih dalam menjalankan kerja-kerja dakwah seperti mana Islam tidak menggalakkan umatnya menyakiti manusia yang lain.
Beliau berkata perkara paling utama perlu dilakukan ialah menghapuskan budaya benci dan diskriminasi kepada komuniti tersebut terutamanya di tempat kerja serta di tempat-tempat awam.
Hak mereka sebagai rakyat Malaysia tidak boleh dinafikan, katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 11 2018
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa mendengar pandangan wakil golongan transgender, Nisha Ayub pada sidang media di Jakim, pada Jumaat. - Bernama
Lebih 90 peratus usahawan belum manfaatkan e-Invois
Majoriti atau dianggarkan lebih 90 peratus usahawan, terutama yang berpendapatan tahunan RM25 juta ke bawah, masih belum memanfaatkan sistem e-Invois yang mula diperkenalkan pada 1 Ogos lepas.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Aktivis pro-Palestin di New York desak gencatan senjata
Kesemua mereka melaungkan slogan pro-Palestin, sambil menuntut agar gencatan senjata dilaksanakan susulan peperangan yang berterusan di Gaza.
Ahli Kongres AS kecam kurang kebertanggungjawaban terhadap pembunuhan aktivis di Tebing Barat
Aysenur Ezgi Eygi dibunuh tentera Israel pada 6 Sept semasa menyertai protes aman terhadap penempatan haram Israel berhampiran Nablus di Tebing Barat yang diduduki.
Aktivis berusaha tamatkan pembiayaan awam penternakan "kejam" sotong kurita
Sotong kurita dikatakan tertakluk kepada penternakan yang "kejam dan tidak mampan", menurut Compassion in World Farming (CIWF).
India digesa hentikan eksport senjata ke Israel
Kumpulan masyarakat sivil mendakwa beberapa syarikat tempatan diberi permit untuk mengeksport senjata, dron dan bahan letupan ke Israel.
14 aktivis Hong Kong disabitkan kesalahan bawah undang-undang keselamatan negara
Empat belas tokoh pembangkang Hong Kong pada Khamis telah disabitkan kesalahan di bawah undang-undang keselamatan negara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan South China Morning Post.
20 aktivis sertai misi bebaskan Palestin
Misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dijangka berlepas dari Istanbul, Turkiye pada hujung bulan ini.
Aktivis alam sekitar halang lalu lintas sekitar Berlin
Pada pagi Isnin, polis melaporkan lalu lintas semasa waktu puncak terganggu di 21 lokasi berbeza, dan perkhidmatan bas turut terkesan.
Tahanan mogok lapar di Thailand digegas ke hospital akibat masalah kesihatan
Dia digegaskan ke hospital pada hari ke-16 melakukan aksi protes, selepas mengetahui dia ditahan tanpa boleh diikat jamin.
Aktivis berbaju penguin protes penggunaan jet peribadi di pulau percutian
Seramai 15 orang terlibat dalam bantahan itu, dengan sebahagian daripada mereka masuk ke premis lapangan terbang.
Suami Natalie Portman curang dengan aktivis usia 25 tahun
Rumah tangga aktres berprolifik dan cantik, Natalie Portman dengan suaminya, Benjamin Millepied sedang dilanda badai.