Bersih 5: Kaunter Imigresen UTC Pudu Sentral ditutup hari ini

Bernama
November 18, 2016 23:36 MYT
Kaunter Jabatan Imigresen akan beroperasi semula seperti biasa pada Ahad. - Gambar fail
Kaunter Jabatan Imigresen di cawangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral ditutup hari ini (Sabtu) berikutan perhimpunan Bersih 5.0 yang akan diadakan di sekitar kawasan berhampiran Pudu Sentral.
Jabatan Imigresen dalam kenyataan hari ini berkata penutupan operasi kaunter itu berikutan ketetapan pihak pengurusan UTC Pudu Sentral yang menutup operasi bangunan demi keselamatan orang awam dan kakitangan yang bertugas selain berkemungkinan akan berlaku penutupan jalan-jalan utama.
Kaunter Jabatan Imigresen akan beroperasi semula seperti biasa pada Ahad, menurut kenyataan itu.
#Bersih 5 #Kaunter Jabatan Imigresen #Pudu Sentral #UTC