Bersih 4: Tiada pengesahan Dr Mahathir akan hadir ke perhimpunan hari ini

Hafiz Marzukhi
Ogos 30, 2015 05:08 MYT
Ada desas-desus mengatakan bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan datang lagi ke perhimpunan Bersih 4, hari ini. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Perhimpunan Bersih 4 memasuki hari kedua hari ini, dan terdapat desas-desus bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang membuat kehadiran mengejut di Dataran Merdeka malam semalam, akan sekali lagi hadir petang ini.
Sumber yang rapat dengan beliau berkata sekiranya Dr Mahathir beliau berbuat demikian, ia adalah sesuatu yang tidak dirancang seperti kejutan yang dilakukannya malam tadi.
Semasa lawatan ringkasnya semalam pada jam 7.25 malam, Dr Mahathir telah diiringi oleh isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Ada khabar angin Tun M mungkin hadir sekali lagi di #Bersih4 hari ini. @501Awani

— Hafiz Marzukhi (@hafizmarzukhi) August 30, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kemunculannya semalam menarik perhatian ramai orang dan turut menjadi viral di media sosial.
Apabila ditanya mengenai sebab beliau hadir di perhimpunan tersebut, Dr Mahathir berkata ‘beliau datang hanya untuk melihat’.
BACA: [LAPORAN LANGSUNG] BERSIH 4: PERHIMPUNAN DI KUCHING DIHENTIKAN SERTA-MERTA
Perbuatannya dikritik oleh beberapa pemimpin UMNO. antaranya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang berkata kehadiran Dr Mahathir ke Perhimpunan Agung UMNO pada hujung tahun ini hanya akan mengundang persepsi negatif di kalangan ahli parti.
#Bersih #Dr Mahathir