Bersih 4: Pemimpin sayap kiri sanggup bermalam di Dataran Merdeka
Israr Khalid
Ogos 30, 2015 09:25 MYT
Ogos 30, 2015 09:25 MYT
Para peserta perhimpunan Bersih 4 di Dataran Merdeka bersedia untuk hari kedua perhimpunan.
Sebahagian besar daripada peserta bermalam di sekitar Dataran Merdeka selepas acara hari pertama perhimpunan tersebut pada Sabtu malam berakhir.
Antara pemimpin yang turut sama bermalam adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang, Presiden Gerakan Harapan Baharu (GHB) Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR Tian Chua.
BACA: [LAPORAN LANGSUNG] Bersih 4: Peserta mula berkumpul di Dataran Merdeka pagi ini
Ahad masuk hari kedua penganjuran perhimpunan Bersih 4 yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0 yang merupakan gabungan NGO dan kumpulan masyarakat sivil yang menuntut diadakan pembaharuan dalam pilihan raya di Malaysia.
Seawal jam 7.30pagi, peserta telah mula berkumpul di beberapa kawasan sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.
BACA: APA YANG BOLEH KITA JANGKAKAN PADA HARI KEDUA BERSIH 4?
Perhimpunan selama 34 jam ini bakal berakhir lewat malam Ahad.