Bersih 2.0 kekal pendirian, tidak bayar caj pembersihan Bersih 4
Harits Asyraf Hasnan
Oktober 6, 2015 16:44 MYT
Oktober 6, 2015 16:44 MYT
Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) masih kekal dengan pendirian untuk tidak membayar caj pembersihan berjumlah RM65,000 yang dikemukakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pasca himpunan Bersih 4 Ogos lalu.
Bendahari Pemandu Bersih 2.0, Masjaliza Hamzah berkata pendirian itu kekal setelah pihaknya mengemukakan surat guaman kepada KPKT untuk memberi penjelasan secara terperinci berkenaan caj tersebut.
"Ya, kami masih kekal dengan pendirian. Kami tidak akan bayar.
"Kami telah kemukakan surat kepada KPKT untuk memberi perincian caj yang dikenakan," katanya selepas membentangkan penyata kewangan Bersih 2.0 di sini hari ini.
Bagaimanapun, Masjaliza tidak memperincikan tarikh surat guaman itu dihantar.
Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata RM65,000 yang dikenakan kepada penganjur Himpunan Bersih 4 telah mengambil kira kos tambahan bagi kerja-kerja pembersihan di ibu negara pasca himpunan tersebut.
#Bersih 2.0
#Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil
#Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
#KPKT
#Masjaliza Hamzah