Bersiap sedia hadapi Masya'er

Razak Chik
Oktober 9, 2013 12:05 MYT
Jemaah haji Malaysia di kalangan warga emas dan pesakit yang berada dihospital akan diusung ke Arafah bagi memberi mereka kemudahan memenuhi rukun haji.
Mereka akan diusung kembali ke hospital untuk meneruskan rawatan selanjutnya selepas tamatnya wuquf.
Menurut ketua rombongan haji musim 1434 Hijrah Syed Saleh Syed Abdul Rahman, jemaah haji Malaysia yang sedang menjalani rawatan sama ada di hospital tempatan mahupun pusat rawatan Tabung Haji sendiri akan dinilai tahap kemampuan mereka untuk menjalani rukun wuquf.
Mereka yang sesuai tahap kesihatan akan diberi perhatian khusus oleh petugas Tabung Haji di bawah program rakan warga emas untuk di bawa ke Arafah untuk berwuquf pada 9 hingga 10 Zulhijjah.
Menurut Syed Saleh, perjalanan jemaah haji Malaysia ke Masya’er telah dirancang dengan teliti.
Syed Saleh juga menasihat para jemaah untuk memperkuatkan daya ketahanan diri agar mereka berada di tahap kesihatan yang memuaskan untuk menghadapi cabaran mental dan fizikal di Masya’er kelak.
#1434 Hijrah #Arafah #jemaah haji Malaysia #Mashyaer #Syed Saleh Syed Abdul Rahman #Tabung Haji #wuquf #Zulhijjah
;