Bersatu Pahang sokong Muhyiddin sebagai Presiden dan Perdana Menteri

Firdaus Azil
Mei 31, 2020 19:12 MYT
Wan Mohd Shahrir berkata, kesemua 14 Ketua Bahagian Bersatu Pahang sebulat suara menyokong Muhyiddin sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri.
Badan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( Bersatu) Pahang hari ini menzahirkan sokongan penuh kepada terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin utntuk mengemudi dan memperkasakan parti itu.
Pengerusi Bersatu Pahang yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti, Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil berkata, kesemua 14 Ketua Bahagian juga sebulat suara menyokong Muhyiddin selaku Perdana Menteri.
“Selaraskan dengan keyakinan majoriti Ahli-ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti, Bersatu Pahang juga amat yakin YAB mampu menjadi seorang Perdana Menteri yang prihatin dan boleh membawa Malaysia dari sebarang kemelut.
“Malah ia juga merupakan satu fakta apabila dunia memuji usaha Malaysia menangani pandemik COVID-19 dengan cemerlang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kemelut Bersatu dilihat semakin memuncak apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyanggah kenyataan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berhubung pelucutan keahlian lima ahli parlimen parti itu.
Selain itu, Dr Mahathir, yang juga bekas Perdana Menteri menegaskan, beliau masih lagi pengerusi parti yang sah, dan selaras dengan Perlembagaan parti.
#Bersatu #Bersatu Pahang #Hamzah Zainuddin #Mahathir Mohamad #Muhyiddin Yassin #Pakatan Harapan #Perdana Menteri #Perikatan Nasional #politik #Wan Mohd Shahrir
;