SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Bahagian Bangi membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin parti politik berkaitan satu video di TikTok yang didakwa menghina titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Ketua Bahagiannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pihaknya berpandangan kandungan video tersebut menghina titah Sultan Selangor yang juga Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang mengingatkan rakyat Malaysia khususnya bukan Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di Malaysia.
“Bersatu Bangi merasakan tindakan individu bernama Awtar Singh itu boleh mencetuskan keadaan tidak harmoni serta menimbulkan gangguan kepada ketenteraman awam.
“Carian terkini mendapati video itu telah dipadamkan tetapi ia sebenarnya sudah tersebar meluas,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, dalam video berdurasi lebih tiga minit itu, Awtar Singh meminta orang Islam agar jangan mencampuri urusan bukan Islam termasuk membabitkan penjualan nombor ekor dan minuman keras serta urusan pembinaan kuil.'
Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mendesak agar pihak berkuasa mesti tegas membuat siasatan dan mengambil tindakan segera.
“Sekarang ini seolah-olah wujud suasana berat sebelah dalam proses penguatkuasaan.
“Bersatu Bangi juga menuntut Awtar Singh memohon keampunan daripada Tuanku Sultan Selangor dan seluruh rakyat Selangor di atas keceluparan yang dilakukannya,” katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 08 2024

Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mendesak agar pihak berkuasa mesti tegas membuat siasatan dan mengambil tindakan segera. - Gambar fail/Bernama

Malaysia perlu perkukuh keselamatan siber menerusi kepakaran tempatan
Usaha berkaitan keselamatan siber negara perlu diterajui pakar tempatan bagi mengurangkan ketergantungan terhadap kepakaran dan penyelesaian luar negara.
MAIWP agih RM1.85 juta kepada 14 hospital & pusat perubatan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP memberikan sumbangan sebanyak RM1.87 juta kepada 14 hospital dan pusat perubatan menerusi Tabung Kebajikan Hospital.
Dialog Poket Rakyat: RUUKP: Kawal selia ‘Buy now pay later’
Sejauh mana Rang Undang Undang Kredit Pengguna (RUUKP) mengawal selia industri kredit Malaysia terutamanya kegiatan pemberi kredit perkhidmatan BNPL sekaligus melindungi pengguna kredit daripada terma urus niaga yang berat sebelah dan tatacara pengutipan hutang yang berhemah? Diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat jam 9 malam ini.

FBM KLCI ditutup tinggi seiring bursa serantau
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan meningkat sedikit, seiring dengan indeks serantau walaupun Wall Street mencatatkan prestasi lemah dalam tempoh semalaman.
Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir enam jam
Bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Ibu Pejabat SPRM pada jam 5.42 petang, selepas selesai memberi keterangan hampir enam jam.
Aliff syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Datuk Aliff Syukri diperintah untuk membela diri oleh Makmah Sesyen hari ini atas empat pertuduhan berkaitan video raya berjudul 'Kelepok Raya'.
AWANI Sabah+: Suara generasi pelapis didengari, keperluan dipenuhi
Kepentingan generasi muda dalam mewarisi kepimpinan Sabah menjadikan pendidikan antara penekanan utama kerajaan negeri sekaligus memastikan kebajikan mahasiswa dan pelajar sentiasa diutamakan.
Statistik belia bankrap
Sejumlah 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini.
AWANI Borneo [14/3/2025] – Jaminan keselamatan suri rumah| Pengemis cilik
AWANI Borneo bersama Pia Ernadya
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
1. Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
2. Pengemis cilik: Rakyat Malaysia pemurah, namun ada pihak ambil kesempatan
7 kilang terbakar di Puchong
Tujuh buah kilang di Taman Industri Puchong, Selangor terbakar, dengan hampir 80 peratus struktur bangunan musnah.

Jana Wibawa: 'Pertuduhan terhadap saya untuk alih tumpuan kegagalan Kerajaan' - Wan Saiful
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa pertuduhan melibatkan projek Jana Wibawa ke atasnya dilakukan bagi mengalih tumpuan susulan kegagalan Kerajaan menangani masalah rakyat.

Bersatu junjung kasih perkenan Agong, terus sokong PM, TPM
Bersatu memohon semua pihak terus menyokong dan memberi kerjasama penuh terhadap pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan diputuskan 13 Dis
Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan (PH) dijangka diputuskan pada 13 Dis depan.

Pakatan Harapan bincang kedudukan PPBM bagi menghadapi PRU-14 - Salahuddin
Agenda utama kini adalah mendapatkan kelulusan bagi penerimaan PPBM sebelum berusaha mendaftarkan lambang yang bakal digunakan PH.