Bersama terus pelihara kelestarian alam sekitar - PM

Bernama
Oktober 21, 2022 21:17 MYT
Ismail Sabri berkata, keseimbangan ekosistem dan persekitaran yang bersih amat penting kepada semua. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru seluruh Keluarga Malaysia bersama-sama meneruskan tanggungjawab dan amanah dalam memelihara kelestarian alam sekitar.
Sempena Hari Alam Sekitar Negara, beliau berkata keseimbangan ekosistem dan persekitaran yang bersih amat penting kepada semua.
"Selamat Menyambut Hari Alam Sekitar Negara kepada seluruh Keluarga Malaysia... Jagalah alam sekitar, demi masa depan generasi kita," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Bertemakan 'Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama', sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022 peringkat kebangsaan akan diadakan di Dewan Utama, Majlis Bandaraya Kuantan, Pahang, esok.
-- BERNAMA
#Perdana Menteri #ismail sabri yaakob #Hari Alam Sekitar Negara #Keluarga Malaysia
;