Bersama Khairy dalam 'Agenda AWANI: Vaksin Ramuan Pemulihan Negara' malam ini

Astro Awani
Jun 16, 2021 17:38 MYT
Dapatkah kita mencapai imuniti kelompok secepat mungkin? - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Setakat hari ini, lebih 13.8 juta rakyat Malaysia sudah mendaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan hanya lebih 3.4 juta daripadanya sudah divaksinasi.
Angka itu masih terlalu jauh dengan sasaran 80 peratus populasi negara ini divaksinasi untuk mencapai imuniti kelompok dan masa semakin suntuk.
Kadar vaksinasi dalam negara dijadikan antara nilai ambang dalam membuat unjuran peralihan fasa dalam Pelan Pemulihan Negara.
Berdasarkan pertambahan jumlah bekalan vaksin dan pembukaan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara, sejauh mana imuniti kelompok dapat dicapai seperti yang disasarkan?
Eksklusif bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
#Agenda Awani #PICK #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #Khairy Jamaluddin #KJ #program vaksinasi #Pelan Pemulihan Negara #Pusat Pemberian Vaksin
;