Bersama berdoa agar negara bebas COVID-19 - Tun Dr Siti Hasmah

Astro Awani
Mei 17, 2021 18:48 MYT
Dr Siti Hasmah meminta rakyat meluangkan sedikit masa untuk berdoa dan berharap tuhan memberkati usaha murni berkenaan. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Rakyat diseru bersama-sama berdoa pada Jumaat ini untuk perlindungan agar negara segera bebas daripada pandemik COVID-19.
Isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali turut meminta rakyat meluangkan sedikit masa untuk berdoa dan berharap Tuhan memberkati usaha murni berkenaan.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kes COVID-19 semakin meningkat setiap hari. Hospital semakin penuh dan sesak. Bilik mayat juga tidak lagi mampu menampung kematian yang begitu ramai.
"Oleh itu, saya menyeru rakyat Malaysia, tanpa mengira agama dan bangsa, pada hari Jumaat, 21 Mei 2021, antara jam 12 tengah hari dan 1 petang, di mana juga anda berada, sama ada rumah atau pejabat, marilah kita luangkan masa berdoa kepada tuhan supaya kita dilindungi dan Malaysia bebas dari penyakit COVID-19 ini.
"Terima kasih kerana mengambil bahagian dia mana juga anda berada dan semoga Tuhan memberkati usaha kecil kita ini. #MalaysiaBerdoa," katanya dalam rakaman video pada Isnin.
BACA: COVID-19: 4,446 kes baharu, Selangor rekod kes tertinggi dengan 1,650 kes
BACA: COVID-19: ATM perlukan 30 doktor, 100 paramedik untuk tambah hospital medan
Malaysia merekodkan 4,446 kes jangkitan baharu COVID-19 pada Isnin menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 474,556 kes.
Selangor pula mencatatkan kes harian tertinggi COVID-19 dengan pertambahan sebanyak 1,650 kes.
#COVID-19 #pandemik #rakyat #MalaysiaBerdoa #doa #Dr Siti Hasmah Mohamad
;