Bernama perjelas isu infografik PKP3 tular
Bernama
Mei 2, 2021 00:11 MYT
Mei 2, 2021 00:11 MYT
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) malam ini menjelaskan bahawa infografik bertajuk PKP3 yang memperincikan butiran mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi operasi perniagaan adalah artikel lama bertarikh 21 April 2020.
Infografik itu kini tular di media sosial dan pihak tidak bertanggungjawab mendakwa bahawa ia mengandungi arahan baharu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sekali gus membayangkan kerajaan akan mengumumkan satu lagi Perintah Kawalan Pergerakan dalam masa terdekat.
Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad menasihati orang ramai agar memeriksa fakta yang mereka temukan di media sosial terlebih dahulu sebelum bertindak mengongsikannya.
-- BERNAMA