KUALA LUMPUR:Kes kesalahan lalu lintas perlu melalui pelaksanaan pendigitalan bermula 2021, bagi mengurangkan bilangan kes terlalu tinggi, sehingga mengambil banyak masa kehakiman, kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Dalam Amanat Tahun Baharu 2021 bertajuk “Mengimbas Kembali 2020, dan Aspirasi 2021”, beliau berkata, bilangan kes yang tercatat antara Januari hingga Oktober 2020 sahaja adalah sebanyak 882,013 kes.
Biarpun ia lebih kurang berbanding tahun sebelumnya iaitu 1,396,188 kerana sekatan pergerakan melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Tengku Maimun berkata, ia masih terlalu tinggi, dan perlu dilupuskan melalui pendigitalan.
“Rancangan Badan Kehakiman untuk tahun 2021 adalah untuk mendigitalkan proses pengakuan bersalah dalam kes kesalahan lalu lintas dan membenarkan pembayaran denda secara elektronik.
“Pada masa ini, terdapat mekanisme dalam seksyen 137 Kanun Tatacara Jenayah yang membolehkan seseorang yang dituduh untuk mengaku bersalah melalui surat.
“Melalui kaedah tersebut, Majistret dibenarkan untuk mengecualikan kehadiran tertuduh, untuk mensabitkannya dan menjatuhkan hukuman denda sahaja,” katanya lagi.
Bagi mengurangkan kesesakan dan untuk meningkatkan lagi akses kepada keadilan dan kecekapan Mahkamah Majistret, Tengku Maimun berkata, adalah dicadangkan, sebagai tambahan kepada kaedah pengakuan bersalah melalui surat, untuk membenarkan penerimaan pengakuan bersalah dan untuk menjatuhkan hukuman denda sahaja, melalui sistem elektronik yang ditetapkan.
Jelasnya lagi, kaedah itu telah dilaksanakan di beberapa negara lain seperti Singapura, England dan Wales serta Australia.
“Apabila sistem pengakuan bersalah secara elektronik dilaksanakan, projek seterusnya adalah untuk menggabungkannya dengan teknologi ‘Artificial Intelligence’ (AI) sebagai garis panduan penghukuman.
“Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak telah menerajui integrasi penggunaan AI dalam menjatuhkan hukuman untuk kesalahan tertentu.
“Bagi memastikan keselarasan dalam menjatuhkan hukuman, kita berusaha untuk melakukan perkara yang sama di Semenanjung Malaysia bagi kes-kes tertentu dan kita berhasrat untuk menggabungkannya dengan sistem pengakuan bersalah melalui teknologi AI,” katanya lagi.
Tengku Maimun berkata, projek itu sedang dalam proses untuk dilaksanakan pada akhir tahun 2021, tertakluk kepada wujudnya undang-undang berhubung sistem pengakuan bersalah secara elektronik tersebut.
Selain itu, beliau berkata, antara cadangan pendigitalan lain yang boleh menambah keupayaan Badan Kehakiman ialah e-Pesuruhjaya Sumpah, di mana permohonan akan dihantar dan diproses secara dalam talian dan peperiksaan serta temuduga juga akan dilakukan secara dalam talian.
“Sistem ini dijangka akan beroperasi sepenuhnya bermula pada 25 Januari 2021 dan orang awam serta peguam juga boleh membuat carian berkaitan lokasi berdekatan Pesuruhjaya Sumpah dengan cara melayari laman web rasmi Badan Kehakiman.
“Dengan penggunaan teknologi di seluruh hierarki kehakiman, peguam dan litigan tidak lagi perlu membawa banyak dokumen ke Mahkamah. Anda hanya perlu membawa komputer riba atau i-Pad,” katanya lagi.
Tengku Maimun berkata, Badan Kehakiman juga menyedari peguam dan litigan juga membelanjakan sejumlah wang untuk mendapatkan ‘transcriber’ profesional untuk menjadikan Trankripsi Rakaman Mahkamah sebagai transkrip bercetak.
Selain itu, beliau berkata, pada masa ini, terutamanya di Mahkamah Rendah, Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret memberi tumpuan masa yang banyak untuk menyiapkan nota prosiding, dan ini semua memakan kos dari segi kewangan dan masa.
Oleh itu, jelasnya lagi, Badan Kehakiman akan melaksanakan Sistem Rakaman & Suara ke Teks (RVT) bagi menggantikan CRT sepenuhnya, yang mana ia mampu mengubah ucapan menjadi transkrip bertulis.
“Kita sedar bahawa sistem ini tidak sempurna tetapi, sebagai sistem pintar, ia mampu beradaptasi. Matlamatnya adalah agar sistem RVT dapat mentranskripsikan keterangan saksi dan hujahan lisan secara betul dan automatik ke dalam bentuk bertulis.
“Hakim dan peguam hanya perlu meneliti produk akhir untuk mengesahkan ketepatan transkripsi,” katanya lagi.
Tengku Maimun berkata, pemasangan sedang dijalankan dan dijangka selesai di 55 lokasi meliputi 320 bilik bicara pada Januari 2021 kecuali di Ipoh, dan RVT dijangka dapat dilaksanakan menjelang April 2021.
Firdaus Azil
Thu Dec 31 2020
Tengku Maimun berkata, jumlah kes lalu lintas yang tercatat tahun ini terlalu tinggi, dan mengambil banyak masa kehakiman. - Gambar fail/BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Amang seksual dipenjara 24 tahun? Lebih serius daripada rogol rupanya - Zaid Ibrahim
Beliau mendakwa hukuman sedemikian wajar diteliti semula apabila ia dilihat lebih berat berbanding kesalahan merogol.
Lelaki Pakistan bunuh doktor terlepas hukuman gantung
Seorang lelaki warga Pakistan terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menggantikan hukuman mati mandatori yang dijatuhkan ke atasnya dengan penjara 36 tahun dan 12 sebatan.
Bantuan guaman rapatkan jurang dalam keadilan - Tengku Maimun
Keadilan yang menjadi sebagai asas penting masyarakat perlu boleh diakses secara universal dan bukan keistimewaan yang dikhaskan.
Badan kehakiman rakam ucapan takziah kepada keluarga Tun Mohamed Dzaiddin
Ketua Hakim Negara mewakili badan kehakiman Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohamed Dzaiddin Abdullah.
[BELASUNGKAWA] Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah peguam pertama jadi Ketua Hakim Negara
Allahyarham Mohamed Dzaiddin cukup disegani terutama apabila beliau menjadi peguam pertama dilantik Ketua Hakim Negara.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dzaiddin Abdullah meninggal dunia
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah meninggal dunia pada usia 86 tahun di Hospital Prince Court malam ini.
Litigasi ESG dijangka terus meningkat - Tun Maimun
Litigasi berkaitan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dijangka akan terus meningkat pada tahun mendatang.
Mahkamah Syariah, undang-undang Islam tidak akan terkubur - Ketua Hakim Negara
Beliau berkata isu yang perlu diputuskan ialah sama ada Badan Perundangan Negeri Kelantan membuat peruntukan terbabit mengikut batasan ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan atau sebaliknya.
Hakim bebas buat keputusan berdasarkan fakta, undang-undang - Ketua Hakim Negara
Beliau berkata berbeza dengan ahli politik, hakim tidak perlu menjawab kepada sesiapa, atau diperintah oleh desakan politik atau populariti.
Petisyen cabar Enakmen Syariah: Mahkamah tegur peguam ulas putar belit di X
Mahkamah menegur seorang peguam yang membuat kenyataan bersifat putar belit mengenai prosiding petisyen untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 di platform X.