Berkunjung ke rumah Pak Lah, Annuar Musa dikompaun RM2,000 - Polis

Bernama
Julai 12, 2021 09:29 MYT
Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dalam kenyataan memberitahu Annuar telah menerima kompaun daripada polis dan akan menjelaskannya secepat mungkin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa dikompaun RM2,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selepas berkunjung ke kediaman bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata Annuar dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.
"Kes disiasat di bawah Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan dalam kenyataan memberitahu Annuar telah menerima kompaun daripada polis dan akan menjelaskannya secepat mungkin.
#Annuar Musa #kompaun #langgar SOP #PKP #PPN #Abdullah Ahmad Badawi #rumah #kediaman #berkunjung #PKPD