Berjaya Corporation & I Berhad sumbang RM2 juta pada Tabung COVID-19, jumlah RM3.125 juta terkumpul

Afiezy Azaman
Mac 20, 2020 18:56 MYT
Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam muat naik di laman media sosial Facebooknya berkata jumlah keseluruhan sumbangan dana terkumpul bagi Tabung COVID-19 berjumlah RM3.125 juta setakat 20 Mac. - Facebook Muhyiddin Yassin
Syarikat Berjaya Corporation Berhad dan syarikat I Berhad masing-masing menyumbang RM1 juta kepada Tabung COVID-19, pada Jumaat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam muat naik di laman media sosial Facebooknya berkata jumlah keseluruhan sumbangan dana terkumpul bagi Tabung COVID-19 berjumlah RM3.125 juta setakat 20 Mac.
Kedua cek bernilai RM1 juta itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corporation Berhad, Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching dan Pengerusi I Berhad Tan Sri Lim Kim Hong.
Pada 11 Mac lalu, kerajaan melancarkan Tabung COVID-19 dengan dana permulaan RM1 juta, bagi bantu rakyat yang terjejas akibat tidak dapat bekerja kerana dikuarantinkan.
Wang ihsan melalui Tabung COVID-19 sebanyak RM100 sehari akan diberi kepada individu yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang tempoh dikuarantin.
Bantuan ini membabitkan mereka yang dikuarantin selama 14 hari atau menerima rawatan di hospital berikutan disahkan positif COVID-19 bawah Kementerian Kesihatan (KKM).
#Berjaya Corporation #COVID-19 #i berhad #kerajaan #koronavirus #Muhyiddin Yassin #tabung covid19
;