Berjaya Corporation Bhd umum batik sebagai pakaian rasmi bagi promosi seni dan budaya Malaysia

Afiq Ariffin
April 9, 2021 10:46 MYT
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan itu, Abdul Jalil Abdul Rasheed, ia bertujuan untuk mempromosikan budaya Malaysia selain menghargai dan menghidupkan kembali seni batik itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Berjaya Corporation Bhd mengumumkan pemakaian pakaian batik sebagai pakaian rasmi untuk semua kakitangan syarikat itu.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan itu, Abdul Jalil Abdul Rasheed menerusi akaun Twitter rasminya pada Jumaat.
Jelasnya, ia bertujuan untuk mempromosikan budaya Malaysia selain menghargai dan menghidupkan kembali seni batik itu.
Malah, katanya juga ia dapat membantu industri itu yang kebanyakannya dipelopori oleh peniaga kecil dan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Hari ini, kami mengumumkan bahawa Berjaya Corporation Bhd (BCorp) dan seluruh anak syarikat di bawah kumpulan ini akan mengenakan pakaian batik sebagai pakaian rasmi.
“Pemakaian ini sangat digalakkan setiap hari kepada kakitangan kami tidak kira golongan lelaki atau perempuan,” katanya menerusi muat naik itu.

(1) Thread: Today we announced that Berjaya Corp and its entire group of companies is changing its official attire to batik. Batik everyday for men & women highly encouraged.

— Jalil Rasheed (@jalilword) April 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah Abdul Jalil, kesemua kakitangan barisan hadapan syarikat itu juga akan mengenakan pakaian tradisi itu secara berperingkat dalam setiap hospitaliti.
“Ia akan membabitkan kira-kira 20,000 kakitangan secara keseluruhan dan kami menggalakkan vendor & pembekal kami untuk mempertimbangkan polisi ini juga.
“Saya berharap agar banyak lagi syarikat akan menyertai kami dalam mempromosikan seni batik ini dengan harapan agar ia dapat diperluaskan ke peringkat perspektif korporat,” ujarnya.
#Twitter #CEO #PKS #peniaga #lelaki #Malaysia #batik #pakaian rasmi #Ketua Pegawai Eksekutif #Abdul Jalil Abdul Rasheed #Berjaya Corporation Bhd #tradisi #Seni
;