Berita tempatan pilihan sepanjang Khamis

Hilmi Malik
Februari 11, 2021 00:15 MYT
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 Feb 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 Februari 2021.
1) Sikap saling menghormati antara kaum perlu terus dikekalkan - PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru agar sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini perlu dikekalkan kerana ia merupakan salah satu teras utama perpaduan negara.
2) Sah! Tiada lagi syarat buat pengeluaran i-Sinar
Kementerian kewangan memaklumkan tiada lagi syarat dikenakan oleh pihak KWSP bagi proses permohonanan i-sinar.
3) COVID-19: 3,384 kes baharu, 13 kematian direkodkan
Malaysia merekodkan sebanyak 3,384 bagi kes harian baharu covid-19 serta 13 kes kematian.
4) PKP: Kolam pancing, kelong, rumah rakit dibenar beroperasi bermula esok
Kerajaan bersetuju membenarkan operasi kolam pancing, rumah bot, kelong, rumah rakit dan bot memancing berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat berkuat kuasa esok (12 Februari 2021).
5) Ebit Lew taja sepenuhnya pengajian pelajar cemerlang Nurul Asma Alya
Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memaklumkan akan menaja sepenuhnya kos pengajian pelajar cemerlang, Nurul Asma Alya Mohd Zainal bagi melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perakaunan.
6) Vaksin COVID-19 kepada warga asing tanpa dokumen juga akan diberi - Khairy
Kerajaan setuju pemberian vaksin secara percuma terhadap warga asing yang menetap di malaysia.
7) Azizulhasni layak dipanggil Raja Pecut Dunia - Perdana Menteri
Ikon berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang layak menerima gelaran raja pecut dunia selepas mengungguli kedudukan teratas rangking dunia.
8) Gerakan diterima sertai Perikatan Nasional
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) secara rasmi telah diterima meyertai anggota terbaharu Parti Perikatan Nasional (PN).
9) Enam tahun berlalu... Nik Omar kenang pemergian ayahanda, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz
SUDAH enam tahun pemergian ulama ternama negara, dan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berlalu.
10) MB Kedah sedia jadi orang pertama terima suntikan vaksin COVID-19
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bersedia jadi antara pihak yang terawal menerima suntikan vaksin covid-19.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2021)
#10 berita pilihan #COVID-19 #KWSP #Azizulhasni Awang #Menteri Besar
;