Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 22, 2025 23:59 MYT
Mac 22, 2025 23:59 MYT


Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Mac 2025.
Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi penerbangan ke dan dari Lapangan Terbang Heathrow, London hari ini.
Orang ramai diingatkan untuk mengisi borang balik kampung sebagai langkah mencegah jenayah ketika bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri kelak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Muhammad Izuan Mohd Kasim menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mohd Noor Saad berkata, dia bukannya berniaga setiap hari kerana bergantung kepada bekalan petai diperolehnya.
Pihak polis sedang menggunakan strategi tertentu untuk mengumpul bukti dan mengaitkan individu terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah serta penggubahan wang haram.
Malaysia menggesa Majlis Keselamatan PBB dan komuniti antarabangsa untuk menghentikan keganasan dan mendesak genjatan senjata serta rundingan damai disambung semula.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru umat Islam agar menjadikan bulan Ramadan sebagai medan bagi melatih integriti dan disiplin diri.
Kerajaan Johor akan menyalurkan peruntukan RM11.247 juta sebagai Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL) Gelombang Kelima bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.
Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti antarabangsa bertindak segera untuk menghentikan keganasan dan mendesak agar genjatan senjata serta rundingan damai disambung semula.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bekalan telur ayam di Malaysia kekal mencukupi dan stabil bagi memenuhi keperluan domestik.