Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 21, 2025 23:59 MYT
Mac 21, 2025 23:59 MYT

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Mac 2025.
Ia merupakan kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun sejak 2018.
Kenaikan ini dipacu oleh peningkatan lebih perlahan dalam beberapa kumpulan utama perbelanjaan.
Buku-buku tersebut didapati mengandungi ajaran dan fahaman yang boleh mengelirukan masyarakat Islam dan bertentangan dengan syariah dan akhlak Islam.
BKK Aidilfitri sebanyak RM250 pula akan dibayar kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.
Dr Mohd Rafi'uddin Hamidon didakwa merogol wanita berusia 21 tahun itu di dalam bilik stor di sebuah klinik di Pantai Dalam pada 15 Mac lepas.
Pihak berkaitan isu perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman sedang berunding dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara itu bagi memastikan ia berjalan lancar.
Kerajaan Persekutuan melalui Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan dana bernilai RM50.61 juta bagi membantu mangsa banjir di Johor.
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik dan pengendali akaun Facebook yang disyaki mengeluarkan kenyataan menghina Islam di laman media sosial itu, baru-baru ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM250 kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut di negara ini.
Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke tanah suci bagi musim 1446H/2025M dijadualkan pada 29 April.