Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 20, 2025 23:59 MYT
Mac 20, 2025 23:59 MYT


Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Mac 2025.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan tidak akan melakukan sebarang aktiviti perobohan struktur Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India, di sini.
Bekas Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz dilantik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) baharu berkuat kuasa hari ini.
Sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan KL Sentral - Butterworth dan sebaliknya serta KL Sentral - Padang Besar dan sebaliknya.
Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang 30 Mac bersamaan 29 Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa berniat jahat dengan berselindung di sebalik alasan manfaat politik bagi mengarahkan pengeluaran RM1 juta daripada akaun Armada.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 35 tahun Selasa lepas.
Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak pergolakan dalaman parti yang boleh memberi kesan negatif kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meminta golongan pendidik agar tidak menjadikan pelajar terutama murid sekolah rendah sebagai bahan kandungan di laman media sosial masing-masing.
KPKT memaklumkan lapan daerah dianugerahkan Bandar Paling Bahagia (Kategori Majlis Daerah) manakala 12 lagi bagi Kategori Majlis Bandaraya/Perbandaran pada Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Peringkat Kebangsaan di Putrajaya.
Projek rintis sekolah bertingkat bakal dilaksanakan di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Pulau Pinang bermula tahun ini bagi menangani isu sekolah padat.