Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 19, 2025 23:59 MYT
Mac 19, 2025 23:59 MYT

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Mac 2025.
Dua beradik cedera parah dipercayai akibat terkena mercun bola dalam kejadian di Kampung Baru, Kuala Nerang, Padang Terap, pada Selasa.
Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini melepas tanpa membebaskan (DNAA) seorang warga emas yang didakwa menampar seorang pemuda bukan Muslim yang dikatakan tidak berpuasa pada Ahad lalu.
"Hari Raya Aidilfitri tidak bermakna lagi buat kami bertiga selepas ‘abah’ dan ‘abang’ meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan dua treler berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah semalam."
Sewaktu meninggalkan perkarangan Ibu Pejabat SPRM, Ismail Sabri dilihat menutup rapat tingkap kereta dan tidak melambai pengamal media seperti kebiasaannya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan arahan itu sewaktu mesyuarat Kabinet yang berlangsung pada Rabu.
Dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang pemuda di sebuah pusat beli-belah di Tampoi, kira-kira jam 6.15 petang pada 17 Mac lalu.
Bella Astillah berkata, kehadirannya memberi sokongan sebagai seorang sahabat, lebih-lebih lagi rakan kerjasama kolaborasi.
Jemaah Menteri bersetuju dengan terma dan syarat perjanjian dengan syarikat Ocean Infinity dari United Kingdom (UK) untuk meneruskan operasi pencarian bangkai pesawat MH370.
Datuk Aaron Ago Dagang mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook, Khor Soon Seat yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pengurup wang berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.