Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 18, 2025 23:59 MYT
Mac 18, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Mac 2025.
Proses merakam keterangan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Ibu Pejabat SPRM ditangguhkan ke Rabu pada waktu yang belum ditetapkan.
Anwar turut mengajak umat Islam untuk mengejar keampunan Allah SWT pada pertengahan Ramadan ini.
Gempa bumi bermagnitud 5.6 dilaporkan berlaku di Mandailing Natal, Sumatera Utara, Indonesia, pada 6:23 pagi waktu tempatan.
Seorang remaja lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes mencederakan seorang penuntut perempuan sebuah universiti tempatan pada Isnin.
Nasib Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada dibebaskan daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta atau kekal bersalah atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) akan diputuskan selepas hujahan di Mahkamah Rayuan pada Rabu.
Malaysia bersedia menerima 15 tahanan atau pejuang Palestin yang dibebaskan Israel sebagai sebahagian daripada usaha perdamaian di bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza.
Sebanyak 52,225 permohonan rakyat Malaysia untuk melepaskan kewarganegaraan diluluskan dari 1 Januari 2020 hingga 15 Februari lalu, menjadikan purata sebanyak 842 rakyat Malaysia melepaskan taraf kewarganegaraan mereka setiap bulan.
Malaysia mengutuk keras pembunuhan dan kezaliman ke atas lapan petugas kemanusiaan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang maut dalam serangan udara di Gaza, Sabtu lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam supaya mengimarahkan masjid menerusi penganjuran pelbagai aktiviti ilmiah dan keagamaan terutama kepada golongan wanita dan anak muda.
Kementerian Pengangkutan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen mana-mana syarikat bas ekspres yang sengaja menaikkan harga tambang bagi kategori ekonomi menjelang Aidilfitri.