Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 16, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mac 2025.
1. Muhammad Shah Firdaus raih emas Piala Negara-Negara UCI
Ia adalah emas pertama dimenangi pelumba yang diberi julukan The Terminator itu pada kejohanan UCI.
2. PRK Ayer Kuning: PN umum calon selepas 20 Mac
Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menyatakan calon yang dipilih adalah calon tempatan.
3. DAP rakan setia Anwar Ibrahim, hanya ‘yes man’ kepada rakyat - Guan Eng
DAP hanya tunduk kepada pengundi dan rakyat Malaysia, bukan kepada individu atau pihak tertentu.
4. Kerajaan tidak campur tangan keputusan badan kehakiman - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah sesekali campur tangan dalam sebarang keputusan membabitkan badan kehakiman.
5. Main isu kaum tindakan ‘desperado’, kononnya kerajaan tunduk dengan DAP - Anwar
Pihak yang sering memainkan sentimen perkauman untuk memecahbelahkan rakyat di negara ini hanya mengulangi tindakan lapuk.
6. Tiada negara boleh maju jika batu api isu kaum, agama - PM Anwar
Tiada negara di dunia yang boleh maju dan stabil jika terus berlaku pertembungan antara kaum dan agama.
7. Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 tahun boleh rosak negara - Anwar
Kerajaan sedia meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.
8. Ops Outlander: Penjawat awam terima habuan hingga RM15,000 bagi setiap sijil kelahiran
Seorang penjawat awam yang ditahan dalam Ops Outlander dipercayai menerima bayaran RM10,000 hingga RM15,000 bagi setiap sijil kelahiran yang dikeluarkan melalui sindiket pendaftaran lewat kelahiran.
9. Loke kekal Setiausaha Agung, Gobind dipilih Pengerusi dan Guan Eng Penasihat DAP
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke mengekalkan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung bagi penggal 2025-2028 dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang berlangsung sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-18 hari ini.
10. Laporkan jika ada agamawan lakukan jenayah, langgar undang-undang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata ia juga untuk membolehkan penggantungan atau penarikan semula tauliah mereka sekiranya disabitkan bersalah atas sesuatu jenayah.
#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #Berita AWANI
;