Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 14, 2025 23:59 MYT
Mac 14, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Mac 2025.
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing selepas menyerang sepasukan polis dalam kejadian di kawasan hutan Desa Vista, di Sepang, hari ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan penyebaran berita palsu yang tersebar berkaitan isu kewarganegaraan dan menyifatkannya sebagai fitnah dan berniat jahat.
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman diperintah untuk membela diri di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video raya kontroversi, tiga tahun lalu.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat individu dipercayai menjadi ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.
Filem "Dia Ibuku", "Jejak Bertapak", "Kabus Tengah Hari" dan "Detik 12 Malam" diambil oleh syarikat produksi terlibat di bawah perjanjian tayangan pada 1989.
Keterangan beliau diambil bagi siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan empat pegawai kanan beliau yang telah ditahan.
erancangan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) dan membekal air terawat ke Pulau Pinang kini berada pada peringkat akhir.
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, iaitu beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas, Sapura Energy Berhad.