Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 12, 2025 23:59 MYT
Mac 12, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.
Baginda bertitah pemimpin haruslah berhenti daripada menjadi 'badut' mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R), sehingga mencetuskan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu berkata beliau mengakui pergerakannya sedikit terbatas pada aksi tersebut.
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth membabitkan serbuan ke atas beberapa premis termasuk klinik dan firma guaman sekitar Lembah Klang dan Johor.
Keputusan ini dibuat berdasarkan laporan pakar psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mendapati Ahmad Ramli tidak mampu mempertahankan dirinya.
Bekas pegawai penyiasat yang menyiasat kes kehilangan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, menunjukkan reaksi wajah 'kosong’ membabitkan ibu kanak-kanak itu di mahkamah hari ini.
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) merupakan satu bentuk ‘bailout’.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.
UMNO tidak pernah terlibat dengan wang tunai dan jongkong emas yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumah individu yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tegas Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.