Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Mac 11, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Mac 2025.
1. Pemuda UMNO sokong cadangan laksana semula sekatan perjalanan terhadap peminjam PTPTN gagal bayar
Peminjam perlu bertanggungjawab dalam pembayaran hutang kepada PTPTN demi generasi akan datang.
2. Bank Islam bolehkan pengguna mohon tukar 'Duit Raya' melalui aplikasi BIMB
Tempahan dibuka hingga 14 Mac 2025, dengan minimum penukaran RM100.
3. NRES perkukuh penguatkuasaan banteras penyeludupan hidupan liar di KLIA
Malaysia telah dijadikan negara transit bagi penyeludupan hidupan liar yang bernilai tinggi seperti gading gajah, tanduk badak sumbu dan reptilia eksotik.
4. Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh kesembilan dakwa dihasut pukul mangsa
Saksi pembelaan ketiga itu berkata individu yang menghasutnya adalah seorang pelajar di kolej sama iaitu saksi pendakwaan ke-19.
5. Kes Zayn Rayyan: Peguam sifatkan saksi mempunyai 'memori yang lemah'
Saksi pendakwaan ke-16 menafikan dia mempunyai "memori yang lemah" berkaitan pakaian yang dipakai oleh ibu Zayn Rayyan semasa berselisih pada hari kejadian, 5 Disember 2023 lalu.
6. Kes Ismail Sabri: 36 selesai beri keterangan, 23 lagi akan dipanggil SPRM
Saksi yang dirakam keterangan termasuk empat bekas pegawai kanan kepada Ismail Sabri yang sebelum ini direman dan dibebaskan dengan jaminan SPRM.
7. 'Jadi ejen perpaduan’ - Nasihat PM kepada trio DJ Era FM
Jadi ejen perpaduan, fokus kepada Ramadan. Itu mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada tiga penyampai radio Era, Nabil Ahmad, Azad Jazmin, dan Radin Amir yang terpalit dengan kontroversi baru-baru ini.
8. PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
9. Tiada lagi tindakan MCMC terhadap trio DJ ERA FM, harap jadi pengajaran untuk semua - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) tidak berhasrat untuk meneruskan apa-apa tindakan terhadap tiga penyampai radio ERA FM, Nabil Ahmad, Azad Jazmin, dan Radin Amir Affendy.
10. HAWANA 2025 diadakan Jun ini - Fahmi
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 akan diadakan pada Jun ini, dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.
#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #Berita AWANI
;