Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 10, 2025 23:59 MYT
Mac 10, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Mac 2025.
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia Sdn Bhd, yang dijangka memulakan operasi pada akhir 2025, menurut laporan Business Times.
Bimbang dengan keadaan yang semakin memburuk, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi tampil menegur dan berpesan kepada pasangan yang belum berkahwin, janganlah menormalisasikan perkara yang dilarang Allah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan prestasi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di samping memuji pencapaian serta pelaksanaan sistem baharu agensi itu yang telah meningkatkan kecekapannya.
Seramai 774 penolong pegawai perubatan (PPP) berstatus kontrak fasa enam dan tujuh bakal diserapkan ke jawatan tetap dalam masa terdekat.
Penolong pegawai perubatan (PPP) akan diberikan kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.
Anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan warga asing, dan dilahirkan sebelum Akta Perlembagaan (Pindaan) 2024 diluluskan tahun lepas, adalah layak memohon taraf kewarganegaraan.
Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 16 tahun terhadap seorang bekas pekerja teknologi maklumat kerana menyebabkan kematian pengurus bank Syed Muhammad Danial Syed Shakir.
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa hantaran terkini di Facebook bekas perdana menteri itu bersifat subjudis terhadap perbicaraan yang sedang berlangsung.
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mangsa Aisar Azim Abdullah, 17 disahkan meninggal dunia jam 7.23 malam ketika sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) di sini.