Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 7, 2025 23:59 MYT
Mac 7, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning, Perak pada 26 April depan.
Seorang doktor sebuah hospital kerajaan di Pulau Pinang yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes kelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita direman sekali lagi di Mahkamah Majistret George Town hari ini.
Selepas seminggu pemergian isterinya, usahawan dan pempengaruh media sosial Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali Ridz Okumura berkongsi nota terakhir yang ditinggalkan Allahyarham Akiko Okumura sebelum meninggal dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan agensi keselamatan dan penguat kuasa untuk bertindak pantas dan berkesan tanpa sebarang kompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut dengan menggunakan isu perkauman atau agama.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak mengesan sebarang kenaikan harga makanan secara melampau di bazar Ramadan di seluruh negara setakat ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai menemu bual doktor yang merawat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hospital di Selangor, petang tadi.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini mengumumkan tujuh perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan dua syarikatnya.
Gerai ayam golek Ferris Wheel di Kampung Wakaf Beruas, di sini menjadi tumpuan ramai dengan kehadiran pelakon veteran terkenal, Wan Maimunah Wan Abdul Aziz.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, merupakan antara 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 hari ini.