Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 6, 2025 23:59 MYT
Mac 6, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.
Ia melibatkan pertuduhan memiliki 6,059 pil kuda semasa ditahan dalam serbuan di sebuah hotel dekat Golok, di sini pada 1 November tahun lalu.
Pemeriksaan lanjut yang dilakukan mendapati tiada mangsa mengalami kecederaan atau kehilangan nyawa dalam kejadian ini.
Astro Audio dalam satu kenyataan pada Khamis menjelaskan, ERA akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan yang dijalankan oleh MCMC.
Polis tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan siasatan terhadap kes melibatkan isu agama, raja dan kaum (3R), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berakhir hari ini telah meluluskan 10 rang undang-undang termasuk kelulusan bersejarah Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025.
Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.
UMNO tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di rumah individu yang terkait dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Proses bedah siasat ke atas mayat kakitangan Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan yang ditemui maut di lantai pejabat kementerian itu di Putrajaya, masih belum selesai, pada pagi Khamis.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasihat media Datuk Seri Najib Tun Razak, Paul Geoffrey Stadlen yang didakwa berkaitan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).