Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 3, 2025 23:55 MYT
Mac 3, 2025 23:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Mac 2025.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kepentingan kesederhanaan dalam penganjuran majlis berbuka puasa serta sumbangan kerajaan bagi memastikan semangat Ramadan benar-benar dihayati.
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) tidak bertindih dengan tugas jurucakap Kerajaan MADANI, Fahmi Fadzil, tegas Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah.
Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai membunuh dan membakar ibunya dalam kejadian di Jalan Tok Keling, Alor Setar, pada Ahad.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipanggil untuk dirakam keterangan sebelum ini sebagai seorang suspek, bukan saksi.
Wang tunai RM170 juta dengan pelbagai mata wang serta jongkong emas ditemui di sebuah kondominium di ibu negara yang dijadikan 'safe house' oleh pembantu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini telah menyita sebanyak 61 akaun bank dengan nilai keseluruhan RM15 juta berhubung kes pemprosesan dan pelupusan sisa elektrik dan elektronik (e-sisa) secara haram.
Kertas siasatan kes rasuah membabitkan seorang wartawan sebuah portal berita yang ditahan pada Jumaat lepas, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Kerajaan terus komited dalam usaha mengurangkan defisit fiskal dengan unjuran 3.8 peratus pada 2025, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata ia sedang menyiasat dakwaan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan dialihkan dari Singapura ke Malaysia.
Ketua Pengarah Alam Sekitar Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata keadaan itu disebabkan oleh kebakaran tanah gambut di sebuah ladang kelapa di Cherating, Kuantan.