Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Mac 1, 2025 23:59 MYT
Mac 1, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi tahun 2024.
Industri muzik tanah air kehilangan seorang lagi bakat besar apabila komposer dan pemuzik terkenal, Zul Mahat, 64, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Jumaat malam akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Seorang ejen pelancongan parah akibat dilibas menggunakan sabit dalam kejadian di jeti sungai, Kampung Kawang, Beringgis, di Papar pada Rabu lalu.
Perintah reman selama empat hari sehingga 4 Mac 2025 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Beveniyah R Jothi, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.
SPRM telah mengambil keterangan Ahli Parlimen Bera itu pada minggu lalu.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada Barisan Nasional (BN), sekali gus menyingkirkan parti itu daripada gabungan Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama antara masyarakat dan tentera amat penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin daripada sebarang ancaman, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Enam calon daripada peringkat kepimpinan UMNO Bahagian Tapah telah disenaraikan setakat ini untuk dipertimbangkan Majlis Tertinggi UMNO bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.