Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 28, 2025 23:59 MYT
Februari 28, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Februari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Februari 2025.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.
Isteri usahawan dan pempengaruh media sosial Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura meninggal dunia pada Jumaat.
"Kami janji nak sampai ke garisan penamat sama-sama tetapi, tak sangka dia 'pergi' dahulu." Demikian luahan Putra Hafiz Zaidi, 16, rakan kepada Muhammad Haziq Uzayr Hairudin, 16, yang meninggal dunia selepas menyertai acara merentas desa di sebuah sekolah di sini semalam.
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun terhadap tertuduh kerana menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, lapan tahun lepas.
Hakim mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh di akhir kes pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan MADANI berkata kerajaan berharap semua pihak menghormati titah Tuanku.
Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Ahad, 2 Mac 2025
Ibu kepada Pegawai Kadet Laut Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain reda dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan hukuman mati dan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Penjawat awam dibenarkan memilih waktu kerja fleksi sepanjang Ramadan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam di negara ini untuk mengamalkan sikap ihsan dan beradab bagi memaknai ibadah pada bulan Ramadan.