Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 26, 2025 23:59 MYT
Februari 26, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.
Malaysia masih kekal sebagai salah satu destinasi pilihan utama bagi pelabur-pelabur Eropah dan Amerika Syarikat (AS) walaupun negara telah menyertai BRICS.
ASEAN kekal menggunakan kaedah diplomasi pertahanan serta seruan agar mematuhi undang-undang antarabangsa dalam keselamatan maritim bagi menangani isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan.
Lelaki warga Israel, Avitan Shalom dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki 200 peluru dan enam senjata api.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 27 Feb hingga 5 Mac ini.
Kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, yang hilang di Kampung Aira Kuala Tiga, sejak Isnin lalu, ditemui meninggal dunia tersangkut pada pokok di muara sungai, tujuh kilometer dari rumahnya.
Seramai 60 rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan telah diselamatkan oleh pihak berkuasa Kemboja dalam satu operasi yang dijalankan pada 22 Februari, kata Kementerian Luar.
MMM diharapkan akan terus memelihara dan meningkatkan keyakinan terhadap media serta mengukuhkan ekosistem maklumat dan kebebasan bersuara.
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, yang juga Pengerusi 1MDB dari 2009 hingga 2016 berkata beliau tidak dapat mengingati jumlah hari yang tepat, namun mengesahkan bahawa ia sememangnya melebihi sebulan.
Hampir 250,000 kes kanser dilaporkan di negara ini dari 2017 hingga 2023 yang menyaksikan peningkatan peratus kematian, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.