Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 25, 2025 23:59 MYT
Februari 25, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Februari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Februari 2025.
Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2025 yang disalurkan mulai hari ini kepada penjawat awam serta pesara kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen membuktikan komitmen kerajaan dalam menghargai golongan itu yang merupakan tulang belakang perkhidmatan negara.
Pelbagai kepincangan masyarakat dan penyakit sosial yang sedang melanda dunia hari ini adalah bukti bahawa sekadar memiliki undang-undang dan perundangan, tidak membawa sebarang makna.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang individu di sini pada 11 malam tadi, selepas gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan atas kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
Malah menurut Perdana Menteri, status tanah yang asal kekal sama ada rizab Melayu atau status kekal tidak akan berubah.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik menegaskan, saiz penyusunan semula atau 'right-sizing' sedang diteliti.
Pada 13 Jun 2024, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan 3,228 jururawat pada tahun 2025 daripada graduan Diploma Kejururawatan keluaran institusi pendidikan dalam negara bagi tujuan mengisi perjawatan tetap di KKM.
Keluarga penumpang dan anak kapal penerbangan Malaysia Airlines MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing hampir 11 tahun lepas, kini mengikuti pencarian terbaru bagi kehilangan misteri tersebut melalui laman web khas.
Malaysia mengguna pakai Undang-Undang Seragam (Model Law) mengenai Insolvensi Rentas Sempadan Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL), menandakan langkah penting dalam menyelaraskan rangka kerja kebankrapan negara dengan amalan terbaik global.
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar dipaksa bekerja sebagai scammer bagi pelaburan mata wang kripto, bitcoin serta penipuan cinta atau love scam.