Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 24, 2025 23:59 MYT
Februari 24, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Februari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Februari 2025.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini, berhubung satu kes menghasut yang berkaitan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu ceramah politik pada Julai 2023.
Laporan Ketua Audit Negara 1/2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini mengemukakan 10 syor kepada agensi Persekutuan bagi tujuan penambahbaikan.
Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi Simpanan Konvensional dijangka mencapai antara 6 dan 6.3 peratus manakala Simpanan Shariah dianggarkan sebanyak 5.4 - 5.6 peratus, kata penganalisis ekonomi Dr Mohamad Khair Afham Muhammad Senan.
Itu reaksi seorang anggota tentera ketika menceritakan bagaimana dia mendapat tahu mengenai insiden kemalangan yang meragut nyawa isterinya, Nur Azreen Najwa Roslan, dalam nahas awal pagi semalam.
Menteri Besar Selangor itu bagaimanapun berkata beliau belum memutuskan jawatan yang bakal ditandinginya, mengambil kira keperluan mewujudkan kestabilan dan kepentingan PKR.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil beberapa individu lain sebagai saksi dalam kes itu.
Pada 20 Jan lepas, AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara atas alasan kes berkenaan menyentuh isu sensitif.
Kerajaan memberi jaminan kualiti perkhidmatan Tabung Haji sempena musim haji kali ini tetap berkualiti walaupun jumlah petugas bagi rombongan haji tahun ini berkurangan lima peratus.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedia bekerjasama dengan pempengaruh dan penyedia kandungan media sosial untuk menyampaikan maklumat sahih kepada masyarakat dan menjelaskan isu semasa yang tular.
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.