Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 19, 2025 23:58 MYT
Februari 19, 2025 23:58 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Februari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Februari 2025.
Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melakar satu demi satu sejarah menerusi keputusan mara ke pusingan 16, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas menewaskan Pohang Steelers 5-2 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM) tahun 2024 bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) akan dikeluarkan pada 26 Feb ini dan boleh diperoleh dari sekolah masing-masing mulai 10 pagi.
Polis mengesahkan tiga daripada empat mangsa yang meninggal dunia semasa menghadiri sebuah konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Dis lepas adalah akibat pengambilan dadah stimulan.
Kerajaan akan menyemak semula senarai kesalahan yang tidak boleh dijamin dan mempertimbangkan penubuhan Mahkamah Khas SOSMA untuk mempercepatkan proses perbicaraan.
Auni Afiqah berkata, dia mendengar suara kanak-kanak kurang upaya berkenaan semasa misi pencarian selepas jam 6.30 petang.
Beliau memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai dakwaan tersebut kerana enggan memberi ruang kepada pihak lain untuk memanjangkan fitnah.
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Unit Anjing Pengesan (K9) tidak mendapat sebarang petunjuk kehilangan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin semasa melakukan pencarian di sekitar kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai pada pagi hari kedua kanak-kanak autistik itu dilaporkan hilang.
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah, sebaliknya bertujuan menghalang komen prejudis dan hak perbicaraan yang adil.
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.