Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 18, 2025 23:58 MYT
Februari 18, 2025 23:58 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Februari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 Februari 2025.
Suspek kes tembak di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam pada 8 Februari lalu, maut ditembak selepas berbalas tembakan dengan polis pada awal pagi hari ini.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar Ahli Dewan Undangan Negeri memberikan fokus kepada perkara penting berhubung masa hadapan negeri dan rakyat sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri yang bermula hari ini.
Kerajaan berpandangan tidak ada keperluan untuk menggubal atau memperkenalkan undang-undang baharu seperti Akta Anti Diskriminasi Kaum pada ketika ini, sebaliknya memadai dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.
Hakim mendapati permohonan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid tidak bermerit kerana tiada isu perlembagaan berbangkit dalam kes berkenaan.
Ketika pemeriksaan semula oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, saksi menerangkan kenaikan pangkatnya berlaku semasa siasatan terhadap 1MDB masih berjalan.
Beliau mendedahkan sudah melakukan rundingan sebanyak lima kali dan menghantar surat maklumat balas kepada kerajaan berhubung perkara itu.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan 'musculoskeletal' (otot dan tulang) di luar negara dan dijangka berangkat pulang ke Malaysia 21 Feb ini.
Enam bekas pelajar UPNM merayu hukuman mati mereka diketepikan, mendakwa sabitan tidak selamat dan bukti tidak mencukupi.
PDRM merakam keterangan tiga saksi berhubung isu batu yang diukir dengan wajah Pengerusi Parti Komunis China Mao Zedong bersama tulisan puisi berideologi komunisme di sebuah kawasan memorial di Semenyih, Selangor.
Pihak terlibat menyeludup masuk sisa berjadual dan buangan elektronik atau e-sisa serta skrap ke negara ini, dipercayai melakukannya dengan membuat ikrar palsu.