Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 12, 2025 23:59 MYT
Februari 12, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Februari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Februari 2025.
Mana mungkin peminat dan pencintanya melupakan sejarah yang pernah dilakar penyanyi Mazuin Hamzah sekitar penghujung tahun 1987.
Jenazah Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees Zaquan Adha selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi.
Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 16 tahun, bulan lalu.
Rayuan defendan terhadap keputusan kes saman itu dijadualkan didengar pada 19 Mei ini.
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, bagaimanapun permohonan itu tidak harus menjejaskan hak yang ada dalam Titah Adendum sebelum ini.
Negara kini berada pada fasa penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan Mac dan dalam tempoh itu, litupan awan serta taburan hujan akan berkurangan.
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan pengurniaan Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) kepada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan mengadakan sesi pendengaran awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam.
Jawatankuasa Semakan dan Pembaharuan Undang-Undang Kontrak diberikan tempoh 18 bulan untuk melaksanakan semakan dan kajian menyeluruh terhadap Akta Kontrak 1950 (Akta 136) yang menjadi antara agenda di bawah reformasi institusi kerajaan MADANI.