Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 11, 2025 23:59 MYT
Februari 11, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Februari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Februari 2025.
Selepas dijatuhi hukuman denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana bersalah menghina Yang di-Pertuan Agong tiga tahun lepas, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni akan melepaskan semua jawatannya dalam parti itu, berkuat kuasa Rabu ini.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun disahkan meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di sebuah kolam renang di Tasik Residensi, Jalan Putra Prima Utama, Puchong, semalam.
Beberapa syarikat konsesi lebuh raya kini dilaporkan telah mula ke arah membangunkan sistem tol tanpa palang mereka tersendiri, diterajui oleh PLUS Expressways Berhad.
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib Palestin, dan sentiasa komited ke arah pendamaian, keselamatan dan bantuan kemanusiaan untuk penduduk negara itu yang sekian lama ditindas oleh Israel.
Malaysia kekal di kedudukan ke-57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun 2024, dengan skor 50 mata.
usat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) berpandangan sasaran Malaysia untuk berada dalam kedudukan antara 25 buah negara teratas di dunia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menjelang tahun 2033, dilihat agak sukar untuk dicapai.
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.
Polis menahan seorang wanita yang memukul anak perempuannya sehingga tersungkur jatuh dan terhantuk bucu bangku hingga berdarah pada dahi di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, Arau, pada Isnin.
Anak bongsu kepada pasangan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah yang berusia enam bulan dilaporkan meninggal dunia pada Selasa petang.
Kementerian Digital giat berusaha mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi digital di rantau Asia Tenggara.