Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 10, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.
1. Projek berkepentingan rakyat perlu disegerakan - PM
Semua projek berkepentingan rakyat termasuk membasmi kemiskinan tegar dan tebatan banjir perlu disegerakan.
2. Nahas KM204: Syarikat lori disyaki punca kemalangan didakwa 4 Mac
Pertuduhan dibuat atas kesalahan lebih muatan iaitu lebihan 16,250 kilogram atau 31 peratus had muatan yang dibenarkan.
3. Sivasangari raih gelaran pertama musim ini di Piala Cincinnati Gaynor 2025
Pemain skuasy negara S. Sivasangari, berjaya merangkul gelaran pertamanya musim ini selepas menewaskan pilihan kedua tuan rumah Amanda Sobhy.
4. Lelaki, teman wanita didakwa bunuh ibu kandung
J Amrose, 24, dan S Litha, 20, didakwa menyebabkan kematian JP. Virginie, 60, di sebuah rumah di Bagan Ajam, Butterworth bulan lalu.
5. Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
6. Erdogan pejuang Palestin sejati - PM Anwar
Ketika prinsip sering kali dikorbankan demi kesenangan, Erdogan amat lantang dalam menentang penaklukan dan pendudukan haram, serta pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.
7. Filem 'Abang Adik' cipta sejarah, terima pengiktirafan ASEAN Records
Filem Abang Adik mencipta sejarah sebagai filem berbahasa Cina pertama menerima pengiktirafan ASEAN Records berikutan kejayaan meraih pelbagai anugerah antarabangsa, pencalonan festival dan tayangan global terbanyak.
8. Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.
9. 1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Raja Arab Saudi Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud dalam satu pertemuan pada Januari 2010.
10. KEMAS perkukuh pendidikan al-Quran, tubuh 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz tahun ini - Ahmad Zahid
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan memperluas pendidikan al-Quran dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak dengan penubuhan 4,000 kelas Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Pra-Tahfiz melibatkan 60,000 kanak-kanak di seluruh negara tahun ini.
#berita pilihan #tempatan #warga emas #1MDB
;