Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 9, 2025 23:59 MYT
Februari 9, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Februari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Februari 2025.
Pusat beli-belah berkenaan berkata ia menerima kelulusan daripada pihak berkuasa untuk meneruskan operasi sementara siasatan masih dijalankan.
Pihak polis dalam usaha mengesan dan menangkap suspek yang juga mempunyai 11 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.
Siasatan awal mendapati, himpunan ini diadakan ahli keluarga banduan tahanan SOSMA di penjara.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini, seramai 39 keterangan saksi terbabit sudah dirakam keterangan.
Arahan sudah dikeluarkan kepada anggota polis bantuan serta pengawal keselamatan yang bertugas di lokasi supaya lebih berwaspada, jika wujud sebarang aktiviti atau pergerakan mencurigakan.
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata janji temu bagi mendapatkan suntikan itu boleh dibuat menerusi aplikasi MySejahtera mulai 14 Feb ini.
Titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar usaha memperkukuh akidah dan iman umat Islam di Malaysia dipergiat akan segera dilaksanakan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah melaksanakan tugas dengan baik sepanjang dua tahun perkhidmatannya di Washington, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu.