Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 8, 2025 23:59 MYT
Februari 8, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
Mereka memulakan sesi latihan tepat jam 9 pagi dengan latihan pelarasan senjata ringan pada jarak 25 meter diikuti jarak 100 meter menggunakan raifal M16.
Baginda menyifatkan sambutan tersebut sebagai satu pembaharuan di Kuantan dan mahu menjadikkannya sebagai satu lagi produk tarikan pelancongan sempena musim perayaan.
Mencadangkan model kecerdasan buatan (AI) itu sebagai DeepSar, Abang Johari berkata beliau mendapat inspirasi daripada kejayaan seorang jurutera dari China.
KKM) mendapati Malaysia tidak terkesan dengan produk air berkarbonat Coca-Cola yang didakwa mengandungi paras klorat tinggi seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah.
KKM sedang menjalankan sesi libat urus di seluruh negara sebelum memuktamadkan keputusan berhubung pelaksanaan tempoh bekerja 45 jam bagi petugas syif termasuk jururawat, penolong pegawai perubatan dan pemandu ambulans.
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah bagi menawarkannya kepada guru.
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.
Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menolak pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa tiada keperluan untuk kerajaan menyediakan garis panduan keterlibatan umat Islam dalam majlis perayaan atau program di rumah ibadat agama lain.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di negeri itu.
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada kerana dunia kini berlumba-lumba menguasai pasaran halal, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.