Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 5, 2025 23:59 MYT
Februari 5, 2025 23:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Februari 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Februari 2025.
Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan sebelum digilis sebuah bas di Jalan Kemajuan, malam tadi.
Empat keluarga yang menghuni tiga kediaman di Kilometer 6, Jalan Sangan, di sini, terselamat selepas kediaman mereka dihempap tanah runtuh lewat malam tadi.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengguna pakai teknologi pengimbas tiga dimensi (3D) bagi membina semula lokasi kejadian bagi membantu siasatan semula kes kematian Teoh Beng Hock.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkaitan Gaza sebelum mengulas lanjut.
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada SPRM pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Jabatan Peguam Negara failkan notis usul untuk merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengenai isu Titah Adendum, untuk melaksanakan haknya di sisi undang-undang.
Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Jumlah populasi Harimau Malaya (Panthera Tigris Jacksoni) di negara ini menunjukkan perkembangan yang positif, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan rasmi selama dua hari Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev ke Malaysia telah memperkukuh hubungan akrab kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.