Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 4, 2025 23:59 MYT
Februari 4, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Februari 2025.
Kerajaan memulakan inisiatif 'Pusingan Kerja Petugas Kaunter' melibatkan semua kementerian serta jabatan di bawah kementerian masing-masing bermula hari ini.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan akan memanggil tiga selebriti termasuk penyanyi terkenal pada minggu ini bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman melibatkan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky, baru-baru ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia tidak boleh bertindak tergesa-gesa dalam memberi reaksi terhadap ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global, termasuk perubahan dasar yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Tinggi terhadap permohonan Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf yang kini dibicarakan di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis kini masih dalam proses melengkapkan siasatan.
Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan bekas Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) Shariffa Sabrina Syed Akil untuk mengetepikan tiga pertuduhan menduduki tanah kerajaan di Pahang tanpa kebenaran.
Tiada cadangan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) bagi memberi perlindungan kepada pemberi maklumat yang membuat pendedahan umum terlebih dahulu sebelum membuat laporan kepada agensi penguatkuasaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, bina semula Gaza bukan bermakna menganaktirikan keperluan dalam negara, sebaliknya bantuan yang hulur kepada Palestin adalah bersifat wakaf sukarela.
Hari pertama sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat hari ini menyaksikan Ahli Parlimen yang mengambil bahagian membangkitkan pelbagai isu dengan majoritinya menyentuh soal ancaman penipuan dalam talian dan masalah keselamatan siber.