Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 3, 2025 23:59 MYT
Februari 3, 2025 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 3 Februari 2025.
Baginda bertitah, Parlimen adalah gelanggang pertemuan suara rakyat jelata, tempat di mana undang-undang digubal, dan medan semak dan imbang atau “check and balance” ke atas pentadbiran negara.
IPG berkenaan akan hanya diaktifkan jika harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap mencecah paras RM3.00 sekilogram ke bawah.
Mohamad Lotfi berkata, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu berniat jahat yang menyebarkan video fitnah tersebut di mana-mana platform media sosial.
Mahkamah ini mendapati pertuduhan dalam kes ini adalah mengikut undang-undang yang diperuntukkan tidak defektif.
Dua lelaki berhadapan pertuduhan membunuh seorang warga emas dan anak angkatnya dekat Tongkang Yard, pada 21 Januari lalu.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata kenaikan tarif elektrik dijangka dinaikkan pada separuh kedua tahun ini, dengan kadar bakal ditetapkan selepas semakan semula nanti.
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan beliau masih isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sah dan menafikan dakwaan sebuah akaun Facebook palsu yang menggunakan nama beliau.
Perbicaraan hari pertama kes mengabai Zayn Rayyan Abdul Matin menyaksikan ibu bapa kanak-kanak autistik itu menangis di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, selepas seorang jurugambar mengemukakan 94 gambar bedah siasat kanak-kanak berusia enam tahun itu.
Mahkamah Tinggi di Tawau menetapkan 28 Februari ini sebagai tarikh keputusan sama ada 13 pelajar kolej vokasional perlu membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan di Kolej Vokasional Lahad Datu, Mac tahun lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa sebarang kenaikan tarif elektrik tidak akan membebankan komuniti perniagaan, selain 85 peratus isi rumah akan terus mendapat subsidi.